Selamat Tinggal


Saya berhenti menghiasi kisah-kisah di Dancing Fingers ini pada entry yang ke 211. Hampir tiga tahun bersama di sini dengan sahabat-sahabat, saya akui kehidupan penuh ceria. Terima kasih yang tidak terhingga. Namun, ada masa saya dikecam juga. Ada yang cuba menguji hati dan pekerti, ada yang cuba mengetuk pintu hati, ada yang cuba mencabar peribadi dan pelbagai peristiwa yang tak akan saya lupakan sampai ke penghujung hari. Saya terima semuanya kerana saya sendiri yang membawa kisah-kisah untuk dikongsikan. Saya tak mampu membuat ucapan peribadi untuk sahabat-sahabat sekalian. Saya takut ada yang berkecil hati kalau-kalau ada nama yang tidak disebut. Buat silence reader yang sering datang tanpa jejak, saya dapat trace anda:) terima kasih kerana sudi membaca kisah2 yang ditulis daripada seorang gadis biasa yang banyak kekurangannya.

Andai nanti kita terjumpa kembali secara tidak sengaja di mana-mana blog, tegur-tegurlah walaupun dengan sebuah senyuman yang kecil. Maaf seandainya saya telah menghiris hati melalui entry-entry yang telah saya titipkan. Maaf.

Saya mencari semangat baru di rumah baru nanti. Kalaupun saya melarikan diri, cukuplah kalau hanya ada seorang mengerti prinsip diri. Buat sahabat-sahabat, kalau inginkan alamat rumah baru saya nanti, tinggalkanlah di email (banatmd@gmail.com/banat_md@yahoo.com), cbox , comment atau di mana-mana saja yang boleh dihubungi. Itupun kalau masih sudi. Saya amat menghargai kehadiran sahabat-sahabat dalam hidup saya.
Terima kasih kepada 13003 pengunjung yang pernah hadir. Itu saya kira catatan terakhir sebelum blog ini berhenti berkhidmat - officially. Salam sayang!
 

© Copyright My Dancing Fingers . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates